21 September 2008

SEJARAH KAMPUNG


Kampung ini mula diterokai oleh sekumpulan keluarga yang berasal dari Bachok Kelantan. Ketua kumpulan tersebut dikenali dengan nama Muda yang datang menerokai perkampungan ini dengan adik beradik dalam era tahun 1920an
Kehadiran mereka telah memulakan penempatan beberapa buah bangsal dengan mengerjakan tebas tebang hutan belantara disekeliling kampung mereka ketika itu.
Nama kampung yang berasaskan kepada suatu ketika dahulu banyak terdapat pokok guchil di satu kawasan tanah tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kawasan lain, oleh yang demikian bagi memudahkan panggilan mereka yang lalu lalang di sini diletakan tempat persinggahan itu dengan nama Gong Guchil.
Diantara mereka yang menerokai tanah di kampung ini bernama Abdullah( Nama panggilan Pak Su Dollah) Ahmad ( Lebai Hamad) Che Hat ( Tok Che Hat) Mat Din Pak Su Mat Din ) mereka merupakan kumpulan awal yang menerokai kampung ini yang sampai sekarang nama-nama mereka masih disebut oleh anak cucu walaupun telah lama meninggal dunia.
Kampung Gong Guchil terletak di bersempadan antara dua alur utama iaitu Alur Sungai Jerteh dan Alur Machang Sungai Kenak,sebelah selatan bersempadan dengan Kg. Gong Tanah Merah dan sebelah utara Kg. Pulau Panjang, Sebelah barat Kubang Depu dan timur Kg. Gerai.
Pekan yang paling hampir pekan Jerteh yang merupakan tempat penduduk kampung berurus niaga manakala Kg. Raja merupakan pekan pentadbiran kepada penduduk kampung, dan pekerjaan utama penduduk di sini adalah petani yang mengusahakan penanaman padi.